Blogger Layouts
“Wahai sang syahid, kau telah menggoda jiwaku, kau ajarku erti kental. Mereka kata kau telah mati, sedangkan kau tetap hidup. Tidak akan mati kecuali mereka yang zalim. Berjuanglah sebagaimana sang syahid, tetap teguh berkorban walau hidup dunia digadaikan.”

Isnin, 20 Jun 2011

Akhirnya Kami Mengenali-Nya ( Bhgn 1 )

Kami dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan lebih-lebih lagi mengenai agama. Bermulanya kami mengenal siapa bapa, ibu, keluarga dan dunia ini, kami tidak pernah dikenalkan dengan apa itu Islam. Kami tidak di ajar dan di bawa untuk mengenali apa itu huruf "Alif,Ba,Ta,Tsa........" Hidup dalam suasana yang tidak dihiasi tarbiyyah,Quran,Dzikir menyebabkan kami adik-beradik mempunyai latar belakang yang bermacam ragam..Bila dikenang kembali saat itu, amat melucukan.Cuba sahabat-sahabat bayangkan keadaan kami 5 adik-beradik ( ketika itu adik bongsu kami belum lahir lagi ) berada dalam keluarga sedemikian. Kakak sulung tidak pandai membaca al-Quran walaupun ketika itu berumur 6 tahun. Alhamdulillah, anak kedua walaupun tidaklah selancar mana dalam membaca al-Quran tapi masih mampu mengenal huruf-huruf itu kerana emak dan bapa kami menghantarnya ke Tadika Abim yang terdapat di Semporna Sabah.Yang lain bersekolah di Tadika ( C ) Nyuk Hwa Semporna Sabah.

Tetapi, Alhamdulillah, Allah gerakkan hati emak dan bapa kami untuk menghantar kami kelima-limanya belajar dalam bidang agama di Sekolah Ugama Islam Semporna, Sabah ( SUIS ). Walaupun begitu, di rumah kami tidak ditekankan ataupun dipaksa mengulang kaji muqarar-muqarar yang diberikan di SUIS. Kiranya hanya datang ke SUIS sebagai syarat mengambil kedatangan. Kami ditekankan untuk mengulang kaji muqarar seperti Matematik, Sains, dan berkaitan dengannya. Hafazan Quran yang diamanahkan kepada kami untuk menghafaznya di rumah tidak pernah kami selesaikan memandangkan tidak ada yang boleh membantu kami dalam penghafazan Quran di rumah. Semuanya kami sandarkan pergantungan di SUIS bersama ustaz dan ustazah. Walaupun demikian, entah mengapa takdir sentiasa memberikan kami yang terbaik dalam bidang agama. Walaupun emak dan bapa lebih menekankan pelajaran akademik tanpa memantau pelajaran agama kami, tapi kami adik-beradik lebih memberikan keputusan yang sungguh cemerlang di SUIS berbanding Seolah Rendah Biasa. Selepas tamatnya anak sulung belajar dan mendapat keputusan UPSR cuma 1A 2B 1C 1E, dia menyambung pengajian ke SMK Abdullah 1 Semporna. Memang perit dirasakannya kerana dia ingin menyambung pengajian dalam bidang bahasa Arab di SMK Tun Sakaran. Akhirnya, kakak sulung membalas dendam dengan kegagalannya lalu dia berjuang bermati-matian di peperiksaan Sijil Rendah Ugama bersama anak yang kedua. Alhamdulillah, syukran lillahi ta'ala apabila diumumkan keputusan, kedua-duanya mendapat pangkat 1 lalu menyambungkan pengajian ke Sekolah Menengah Ugama Islam Kunak. Anak sulung akhirnya membuat keputusan untuk berhenti dari SMK Abdullah 1 Semporna dan mendaftarkan diri ke SMU Islam Kunak walaupun ramai keluarga yang menentangnya.

Bila ditanya, "Mengapa memilih sekolah yang kurang kemudahannya dan sanggup keluar dari sekolah yang serba lengkap kemudahan", anak sulung menjawab " Kerana kakak ingin mendalami ilmu agama yang tidak pernah dikutip dari mana-mana ahli keluarga melainkan arwah nenek" Subhanallah.Entah dari mana kakak sulung boleh memikirkan itu. Selama 5 tahun belajar di SMU Islam Kunak, anak sulung dan anak kedua melalui liku-liku yang penuh dengan mehnah dan tribulasi. Tidak mudah bagi mereka untuk memahami dengan lebih mendalam apa itu agama, apa itu tarbiyyah, apa itu dakwah kerana dari kecil kami tidak pernah ditekankan apa itu semua. Untuk mengenal siapa itu Nabi Muhammad pun amat payah buat kami. Akhirnya, anak ketiga mengikuti jejak langkah anak sulung dan anak kedua bila mengambil keputusan untuk memasuki SMU Islam Kunak kerana ingin mengubah dirinya. Oleh kerana mereka berada di alam remaja, perasaan mencintai dan dicintai itu ada. Dan ketiga-tiga mereka tersungkur dengan perasaan itu kerana tidak mengetahui apakah hukum percintaan dalam Islam.

Selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, anak sulung dan anak kedua diarahkan untuk mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia kerana keluarga lebih memikirkan untuk masa depan mereka.Ketika itu mereka menentang keras, kerana apa? Kerana mereka telah membuat keputusan untuk mengambil bidang tahfiz. Tidak ada sesiapa yang mengajak mereka samada rakan-rakan, ibu bapa mahupun keluarga..Malah kemasukan mereka ditentang keras bila dikatakan bidang tahfiz tidak mampu memberikan masa depan yang cerah,.. Tetapi mereka tetap dengan pendirian kerana ingin mengubah diri dari seorang yang jahil kepada orang yang 'arif dalam bidang agama.. Bayangkan sahabat-sahabat, anak sulung ketika kecilnya tidak tahu mengenal apa itu huruf  "Alif,Ba,Ta,Tsa..." dan ketika berumur 6 tahun dia tidak mampu untuk membaca al-Quran, dan kini akhirnya dia telah diterima masuk di Darul Quran Jakim. Semangatnya yang kental untuk berubah menjadi inspirasi buat kami yang lain. Anak kedua pun mengambil bidang yang sama, tetapi nasib tidak menyebelahinya dan hanya setakat 10 juzuk al-Quran yang mampu dibawanya. Tetapi itu bukan menjadi penghalang untuknya bila dia mengambil keputusan untuk menyambung pengajian dalam bidang Quran Sunnah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan kini anak ketiga turut menjejakinya.

Ketiga-tiganya berkata, "Bukan sijil yang kami kejar, tetapi ilmu yang kami cari. Dari kecil kami tidak pernah dikenalkan dengan apa itu Islam,dakwah dan tarbiyyah. Jika bukan kami sendiri yang mencari hidayah Allah, siapa lagi yang boleh membantu.."

............ Akan Bersambung...............